SEPTEMBER 2022

Majlis Kepimpinan Tertinggi GPS Sarawak


KUCHING, 13 Sept : Mesyuarat Majlis Tertinggi Gabungan Parti Sarawak ( GPS ) di Pengerusi oleh  Premier Sarawak YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari bin Tun Abg Openg telah diadakan bertempat di BCCK yang dihadiri semua ahli Majlis Tertinggi GPS daripada komponen parti PBB, SUPP, PRS dan PDP.  

Pada sidang media, YAB Premier Sarawak selaku Pengerusi Majlis Tertinggi GPS telah mengatakan bahawa Mesyuarat tersebut telah sebulat suara bersetuju untuk membentuk sayap wanita dan pemuda dari setiap parti komponen sebagai ahli Majlis Tertinggi GPS yang mana telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan ( ROS ) dan  juga akan membentuk sayap belia 1828 ke Majlis tersebut setelah setiap parti komponen  mendapat kelulusan ROS bagi penubuhan sayap mereka kelak.

Beliau juga menyatakan bahawa mesyuarat bersetuju untuk menubuhkan Jentera Pilihanraya PRU15 sebagai persedian awal walaupun Parlimen belum dibubarkan.

Turut hadir adalah YB Dato Sri Dr Sim Kui Hian, YBhg Datuk Joseph Salang ak Gundum dan YB Dato Sri Tiong King Sing dan ahli-ahli Majlis Tertinggi yang lain.

Sumber dari : Sarawakku